Pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor mendedahkan dirinya mempunyai impian untuk bergelar seorang guru mengajar Al-Quran. Neelofa berkata, dia juga bersyukur kerana semua impiannya sebelum ini sudah pun tercapai kecuali mengajar seseorang belajar Al-Quran selepas membaca perkongsian hadis. “Alhamdulillah, banyaklah yang tercapai mimpi-mimpi impian tu. Tapi, yang tak tercapai lagi kalau pekerjaan yang saya nak buatlah.. sebab ada hadis yang cakap ‘sebaik-baik pekerjaan adalah belajar Al-Quran dan mengajar.
“Dan, saya naklah reti belajar mengajar, ajar mengaji pulak. Itu impian saya,”ujarnya. Ujarnya lagi, nilai bilangan orang yang menjadi anak murid mengajinya adalah tidak penting asalkan impian tersebut dapat ditunaikan. Walaupun tak mengajar mengaji ramai, ajar mengaji beberapa orang cukuplah, sekadar memenuhi impian itu. Sekadar boleh, ada kemampuan untuk mengajar mengaji. Jadi, doa-doakanlah,” kata Neelofa. Sementara itu, suami Neelofa iaitu Haris Ismail turut mengatakan semua impian isteri tercintanya sudah pun tercapai kecuali menambah ilmu pengetahuan meluas mengenai agama dan konsisten untuk belajar perihal keagamaan.
Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 20221 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu. Kini, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu sedang hamil anak kedua. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.