Akhirnya termakbul juga doa dia di Arafah, Nelydia Senrose luah rasa syukur bila tahun ni ibu pula dapat tunaikan haji

PELAKON Nelydia Senrose meluahkan rasa syukur akhirnya ibu tercinta iaitu Rosmizai Mohd Noor dapat menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Kata Nelydia atau Nik Zaris Nelysia Nik Sen, 29, doanya ketika berada di Makkah tahun lalu benar-benar termakbul apabila kali ini ibunya pula diberi kesempatan menjejakkan kaki di Tanah Suci. “Alhamdulillah telah Kau kabulkan salah satu impianku dan doa-doa kami ketika di Arafah tahun lalu di mana kami berhajat untuk ibu menjadi tetamu Allah pula bagai menunaikan haji,” katanya. Nelydia menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di Instastory yang dimuat naik pada Selasa.

Menerusi video tersebut dia bersama beberapa anggota keluarga lain dilihat menghantar ibunya itu berangkat ke Tanah Suci bagi menyempurnakan ibadah haji. Malah Nelydia juga dilihat tidak dapat menahan air mata menadah tangan tatkala doa dibaca bagi keberkatan mengiringi perjalanan ibunya. “Syukur segala doa dan usaha kami Kau izinkan Ya Allah. Setelah Kau berikan kami jalan Ya Allah, terimalah haji ibuku,” ujarnya. Pada Julai tahun lalu, Nelydia berangkat menunaikan ibadah haji bersama suaminya, Mohd Hafez Halimi Abduk Hamid.

Pertama kali melakukan ibadah tersebut, Nelydia menyifatkan ia sebagai satu rahmat terbesar yang tidak mungkin dilupakan sepanjang hidupnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.