Nampak muka pakcik ni gembira bila dapat dukung bayi, rupanya dia masih belum ada rezeki untuk timang cucu

Tular sebuah video memaparkan kegembiraan seorang pakcik apabila dapat mendukung bayi perempuan yang merupakan cahaya mata kepada sepasang suami isteri ketika menjamah sarapan pagi di sebuah restoran. Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, suami isteri tersebut @ameeraida menyatakan bahawa pakcik yang duduk di meja sebelah mereka itu teringin menimang cucu tetapi anaknya belum mempunyai rezeki untuk dikurniakan zuriat. Bercerita lanjut, @ameeraida berkata pada mulanya pakcik berkenaan bersama isterinya tersenyum melihat bayi mereka bernama Aufaa sebelum meminta izin untuk mendukung sementara pasangan muda itu sedang menikmati makanan. Klik sini untuk lihat video.

“Tengah sarapan pagi di kedai mamak, ada pakcik makcik sebelah meja senyum-senyum tengok Aufaa. Pakcik tu kata ‘meh atok pegang kejap boleh? Bagi mommy daddy (@ameeraida) makan dulu. Mula-mula macam risau, tapi takpelah. Makcik tu cakap dah lima tahun tunggu cucu daripada anak dia tapi belum ada rezeki,” tulis @ameeraida dalam video tersebut baru-baru ini.” Rakaman berdurasi 22 saat itu meraih hampir dua juta tontonan dan menerima 201,900 tanda suka selain lebih 1,700 komen dalam kalangan warganet.

Selain berkongsi pengalaman peribadi, rata-rata warganet memahami perasaan golongan datuk dan nenek yang menanti kehadiran cucu sebagai penyeri dalam kehidupan di usia tua. Semoga kesabaran kita semua akan membuahkan hasil satu hari nanti. Amin! Paling penting jangan mudah putus asa dan terus berdoa memohon rezeki Allah SWT.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.