Bukan biasa biasa, Oyen yang tinggal dengan haiwan Capybara di Zoo Negara dah terkenal sampai luar negara

Kalau korang pernah pergi ke Zoo Negara, mesti korang pernah tengok sekumpulan Capybara yang tengah selamba mengunyah pucuk dan daun di dalam kepungan mereka. Namun apa yang lebih menarik, seekor kucing dipanggil Oyen juga dilihat tinggal bersama haiwan Capybara ini tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Lebih menarik lagi, baru-baru ini, pihak Zoo Negara telah membuat satu tarikan baru dengan meletakkan signage nama ‘Oyen’ pada kepungan Capybara. Eii comel sangat tau! Klik sini untuk lihat video.

Disebabkan kecomelan kisah dua haiwan ini, berita mengenai mereka telah mendapat perhatian seorang influencer dari luar negara yang mempunyai hampir 900,000 followers di TikTok. Menerusi video yang dikongsikan @thatgoodnewsgirl, pempengaruh ini menceritakan tentang latar belakang Oyen yang dikatakan merupakan kucing jalanan sebelum tinggal bersama Capybara di Zoo Negara. “Kucing yang masih kecil ini selalu dilihat berjalan tanpa arah tuju di bandar sendirian, dan secara tak sengaja dia berada di zoo tersebut. 

“Dia kemudian menjumpai ‘rumahnya’ iaitu di tempat tinggal capybara tersebut dan haiwan berkenaan menerimanya seperti tiada apa-apa yang berlaku,” jelas pempengaruh itu. Selain itu, dipaparkan beberapa video yang menunjukkan momen Oyen bersama Capybara saling berpelukan dan mesra hidup bersama walaupun berlainan spesis. Video berkenaan yang mendapat 690,000 likes dan lebih 5,000 komen itu telah menerima pelbagai respon warganet yang suka dengan kisah si Oyen dan memuji haiwan itu kini telah viral di luar negara. Klik sini untuk lihat video.

Hebatlah Oyen! Dah terkenal sampai luar negara ni. Kalau korang nak tengok mereka, jomlah ke Zoo Negara. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.