Nampak dah tak kekok layan ank bongsu Shuib, ramai yang puji penampilan terkini Watie

Tak sampai sebulan lagi, pelawak terkenal, Shuib Sepahtu bakal melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Watie Hanifiah selepas mengikat tali pertunangan pada Aidilfitri lalu. Walau bagaimanapun, penampilan Watie kerap kali mendapat kritikan daripada warganet yang berasa kurang senang dengan pakaiannya yang selalu mengikut bentuk badan. Akui sedang belajar untuk menjadi lebih baik, Watie telah berkongsi video keluar bersama anak bongsu Shuib bersama Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Ayash Affan. Klik sini untuk lihat video.

Selain daripada perhatiannya kepada Ayash, penampilan Watie yang mengenakan tudung menutup dada dilihat begitu sopan sehingga menerima pelbagai komen positif daripada warganet. Ayash Affan yang berusia tiga tahun itu juga terlihat sangat manja dengan bakal ibu tirinya itu. Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad juga dilihat tinggalkan komen dengan memuji penampilan Watie yang begitu manis disamping berasa begitu teruja melihat kemesraan anak-anaknya bersama bakal isteri yang akan dinikahi tidak lama lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan kata-kata positif kepada Watie kerana melihat keikhlasannya dalam menjadi sebahagian daripada keluarga Shuib. Mereka juga mulai menerima Watie dan mengakui bahawa wanita itu sangat sesuai menjadi seorang ibu bagi memberikan kasih sayang kepada anak-anak pelawak berkenaan selepas ditinggal ibu kandung mereka yang terlebih dahulu menghadap Illahi.

Dikhabarkan, Shuib dan Watie bakal mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023. Menurut penyampai radio Suria FM itu, dia akan mengadakan persandingan memandangkan ini adalah perkahwinan pertama bakal isterinya dan mereka juga mempunyai ahli keluarga yang ramai. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

PERHATIAN: Pihak Oh My Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Oh My Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.