Dah berbaik semula dengan isteri kedua, Pu Abu akui kini bahagia hidup berpoligami

Umum mengetahui, pendakwah bebas, Pencetus Ummah Abu Sufyan atau lebih dikenali sebagai PU Abu sudah pun berbaik dan rujuk semula dengan isteri keduanya, Hana Azraa sejak Ramadan yang lalu. Terbaru, PU Abu mendedahkan rumah tangga dengan kedua isterinya, Ain Afini dan Hana Azraa dalam keadaan yang baik dan dilimpahi kebahagiaan meskipun mereka hidup berpoligami. Memetik laporan Harian Metro, Abu yang pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi rumah tangga sebelum ini menegaskan dia tidak mahu perkara itu berulang kembali.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan bahagia dengan kehidupan berpoligami ketika ini. Hubungan kedua-dua isteri juga baik, cuma kami masih belum ada kesempatan untuk beraya bersama sebagai keluarga besar kerana saya bertugas di Madinah. Sebagai lelaki, segala urusan talak dan rujuk itu datang daripada saya kerana saya yang melafazkannya. Saya juga mahu bina keluarga yang lebih baik dan bahagia ketika ini. Pada masa sama, saya harap doa dan sokongan dari semua. Abu juga memaklumkan bahawa dia masih lagi menerima kata-kata kritikan di media sosial selepas terpalit dengan kontroversi rumah tangga sebelum ini.

“Saya masih dikritik di TikTok dan kontroversi rumah tangga sebelum ini beri kesan negatif pada saya dan keluarga. Dalam pada itu, Abu mendedahkan dia yakin dan percaya dia mampu untuk menyara dan menjaga dua isteri serta lima anaknya. “Saya kini bertugas sebagai Pengurus Operasi Arab Saudi, Persada Global Holidays, sejak Ogos tahun lalu. Saya bertugas di Madinah selama setahun sebelum ini dan hanya kembali ke tanah air, tiga bulan sekali untuk bersama keluarga. Selalunya, saya buat panggilan video dengan anak-anak setiap hari. Selain itu, saya juga menguruskan perniagaan kursus motivasi di sekolah-sekolah dan syarikat korporat. Dua isteri juga turut menceburi perniagaan.”

Sekadar info, isteri kedua Abu, Hana pernah menjadi bualan wargamaya sehingga teruk dikritik wargamaya apabila dia berkahwin dengan Abu sebagai isteri kedua pada Mei 2019, sekali gus menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Abu dan isteri pertamanya, Ain Afini. Namun, jodoh Hana dan Abu tidak berpanjangan apabila mereka akhirnya membuat keputusan untuk berpisaha pada April 2020. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seoerang cahaya mata bernama Mateen yang lahir pada 1 Februari 2020. Hana yang juga berstatus ibu tunggal ketika berkahwin dengan Abu, turut mempunyai seorang anak perempuan, Afifah Aisyah, 7, daripada perkahwinan pertamanya. Sumber: Harian Metro

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.