Ada individu muat naik video Sweet Qismina, sekali baby bump pula yang jadi bualan ramai

Pelakon Sweet Qismina meraih perhatian warganet apabila penampilan terbarunya dilihat seperti berbadan dua. Menerusi perkongsian di TikTok, seorang individu memuat naik video pasangan selebriti Adam Lee dan Sweet Qismina yang dilihat hadir ke majlis perkahwinan MK K-Clique, baru-baru ini. Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi yang mengayakan dress berwarna biru didakwa sedang hamil anak pertama apabila kelihatan ‘baby bump’. Klik sini untuk lihat video.

Komen Warganet:

Video tersebut meraih perhatian warganet dengan doa-doa yang turut disertakan buat pasangan tersebut.Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sudah mengetahui lebih awal dengan keadaan tubuh badan pelakon drama ‘Malam Zulaikha’ yang dikatakan kelihatan berisi. Selain itu, kebanyakan warganet mendoakan kesejahteraan kandungannya dan agar dipermudahkan segala urusan buat pasangan itu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.