Lepas buat rawatan Hafidz Roshdi disahkan waras, sekali kes yang dia kasari isteri boleh diteruskan

PELAKON Hafidz Roshdi disahkan waras dan dia layak meneruskan perbicaraan di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Selangor berhubung tuduhan melukakan isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri. Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Asmaa’ Zamri semasa sebutan semula kes berkenaan dan laporan psikiatri di hadapan Hakim Mohd. Kafli Che Ali yang bertindak sebagai Majistret. “Pihak pendakwaan mengesahkan laporan perubatan (psikiatri) telah diterima dan tertuduh (Hafidz) disahkan waras dan kes boleh dibicarakan,” kata Asmaa ketika prosiding berlangsung pada pagi Jumaat.

Pihak pendakwaan memohon mahkamah menetapkan tarikh lain bagi serahan dokumen. Hafidz diwakili oleh Datuk Akberdin Abdul Kadir yang juga merupakan peguam pelakon Puteri Sarah Liyana bagi kes perpisahan dengan pengarah Syamsul Yusof. Akberdin turut memaklumkan pihak mahkamah perlu meneliti semua dokumen mengenai segala pertuduhan anak guamnya itu sebelum tindakan selanjutnya. “Belum bicara lagi, akan ada sebutan baharu nanti… selepas teliti semua keterangan dalam bentuk dokumen yang diserahkan tu maka baru boleh buat keputusan untuk pertimbangkan kembali kes ini untuk tindakan selanjutnya.

“Fokus kita ini adalah untuk pastikan tertuduh sihat menjalani perbicaraan dan sewaktu kejadian (tumbuk isterinya) tu lain,” katanya pada pemberita. Hakim bagaimanapun menetapkan semula sebutan kes bagi kedua-dua pihak pada 17 Julai depan. Pada 5 Mac lalu, Hafidz ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari ketika hadir di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama. Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.