Kita dikejutkan dengan pemergian penyanyi era 80-an, Rohana Jalil yang pergi menghadap illahi berpunca daripada kebocoran usus. Suami kepada pelantun lagu Rayuanku itu, Jahangir Khan berkata dia tidak akan menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang cuai ketika melakukan operasi bariatrik kepada isterinya. Menurut mStar, suaminya itu mengatakan punca pemetrgian isterinya itu berkemungkinan berpunca daripada operasi tersebut.
Dia bagaimanapun berkata banyak perkara yang perlu diteliti sebelum pihaknya mengambil sebarang tindakan. “Kalau ikutkan hati memang nak ambil tindakan, tapi buat masa ini masih belum tahu lagi sebab perlu berbincang dari banyak sudut. Kami pun perlu mencari individu yang pakar dalam bidang berkenaan, kita ikut langkah demi langkah,” katanya. Difahamkan, dia berkongsi mengenai perkara itu selepas pengebumian Rohana di Tanah Islam USJ21, Subang Jaya hari ini. Sebagai info, Rohana menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) kira-kira jam 11.30 malam tadi akibat kebocoran usus.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.