Syamsul Yusof muat naik gambar ank menangis, tapi gelang pada tangan tu pula yang jadi perhatian warganet

PERKONGSIAN pengarah Syamsul Yusof yang memuat naik foto anak perempuannya iaitu Sumayyah yang dilihat menitiskan air mata meraih perhatian warganet. Paparan foto Sumayyah itu dipercayai dirakam semasa Syamsul membuat panggilan video bersama anak perempuannya itu. “Ayah garang sebab sayang,” kata Syamsul menerusi Instagram. Namun lain pula yang menjadi perhatian apabila warganet memerhati gelang pada tangan wanita yang memegang Sumayyah dalam gambar berkenaan. Menerusi aplikasi TikTok, foto tersebut dimuat naik semula dan ramai memberikan pendapat itu merupakan tangan pelakon Puteri Sarah Liyana.

Justeru itu, rata-ratanya meluahkan rasa gembira melihat hubungan Syamsul dan Sarah kini lebih baik berbanding sebelum ini. “Tadi tengok Puteri Sarah buat live, sah-sah itu memang gelang dia. “Masa buat live tadi Puteri Sarah ada kata nak hubungi ayah (Syamsul) biar marah Syaikul dan Sumayyah sebab nakal sangat. “Permulaan hubungan yang lebih baik, lagi pun dia orang dalam eddah lagi kan,” antara komen warganet. Pada 14 Jun lalu, Syamsul melafazakan talak di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas secara tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Susulan itu, mahkamah memerintahkan Puteri Sarah menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perpisahan mereka. Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah, 38, mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 5 tahun. Kemelut rumah tangga pasangan itu berlarutan selepas Syamsul enggan melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah pada 18 April lalu selepas akters berkenaan memfailkan permohonan berpisah secara baik pada pertengahan Januari 2023.

Tindakan itu dibuat selepas Syamsul mendedahkan dia sudah mendirikan rumah tangga dengan aktres Ira Kazar di Thailand berwakil walikan bapanya, Kazar Saisi pada 6 Januari 2023. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.