Luah rasa terkilan bila ada pihak yang ungkit cerita lama rumahtangga, Along Cham akui kini selesa hidup menduda

TUJUH tahun menduda, pelawak dan pelakon Along Cham masih belum terbuka hati untuk kembali berumah tangga. Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 40, berkata kesibukan kerja membuatkan dia tiada masa untuk mencari pengganti. “Saya masih lagi solo ketika ini, mungkin terlalu sibuk dengan kerja. Saya bukan serik tapi saya kurang mencari. Saya lebih suka duduk di rumah… habis apa-apa penggambaran saya akan terus balik rumah,” katanya kepada pemberita.

Along berkata demikian ketika ditemui di sidang media tergempar Konsert Goyang Asia Koplo Milenia yang diadakan di Kuala Lumpur pada Jumaat. Kata Along lagi, buat masa ini dia lebih memberikan fokus kepada anak tunggalnya iaitu Ahmad Daniel yang kini berusia 12 tahun. Malah, ibunya juga tidak memaksa dia berkahwin kerana percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah. “Ibu saya bukan jenis kenen-kenenkan anak dia, cuma kadang dia bertanya juga. Anak saya pula okay sahaja, dia paling kuat menyakat. “Nak kahwin ini kena ada keinginan tak akan nak bercinta lama-lama. Kalau saya nak kahwin lagi saya akan pastikan perkahwinan itu adil untuk anak saya.

Saya percaya ada sebab saya bertemu jodoh lagi, mungkin tuhan beri peluang untuk saya jaga keluarga dulu,” katanya. Dalam pada itu, Along memberitahu dia sedikit kesal apabila ada pihak berkongsi semula mengenai kisah silam melibatkan dirinya. Dia bimbang jika mental anaknya terganggu apabila membaca kisah berkenaan kerana kanak-kanak pada hari ini lebih terdedah dengan dunia internet. “Cuma saya agak terkilan apabila kisah lama saya dikongsi semula. Saya sebenarnya bimbang dengan keadaan anak saya… risau kalau kisah itu menjadi bualan kawan-kawan semasa mereka di sekolah.

“Saya harap sangat yang lepas biarkan berlalu, tak payah dikongsi semula. Saya pun percaya anak saya mengetahui hubungan ibu bapanya menerusi carian internet sebabnya dia pernah cakap kisah kami macam pemain bola sepak Neymar,” ujarnya. Untuk rekod, Along pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas bintang Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Zila Seeron, 34, pada 23 Januari 2010 dan dikurniakan seorang anak. Pada 13 Ogos 2016, isteri pelawak itu ditahan sepasukan pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) atas tuduhan khlwt. Pasangan ini kemudian mengambil keputusan berpisah talak satu pada 29 Ogos 2016.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.