Boleh dapat axia rahmah sebiji, terkejut bila tengok founder ni beli stroller dengan harga RM23k

Buat ibu bapa, tiada yang lebih penting dari kebajikan serta keselesaan anak-anak, ibu bapa di luar sana kebanyakannya akan menghabiskan wang yang banyak agar anak itu membesar dengan baik. Namun, baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang founder suplemen kesihatan yang dilihat membeli kereta sorong bayi (stroller) berharga RM 23K. “Tq Suami. 23k melayang untuk kereta baby sampai termimpi mimpi meme kena beli, nanti kempunan pulok katanya suami. Klik sini untuk lihat video.

Alhamdulillah rezeki baby. Suami kata kalu beli stroller 23k ni kena beranak lagi 3 tahun akan datang. Bukan dia stroller mahal mahal. Tq hubby,” tulisnya di kapsyen. Perkongsian founder @afinisafien itu memaparkan dia memasuki butik berjenama mewah Dior dengan penuh keterujaan, dilihat barang itu didatangkan di dalam kotak dan menurut laman web butik itu ianya perlu di pra-tempah. Perkongsian wanita itu mendapat perhatian warganet, rata-rata tercengang dengan harga stroller tersebut, meskipun ramai yang merasakan ianya sesuatu yang tidak perlu namun ada juga warganet yang menganggap itu adalah rezeki usahawan tersebut.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.