Tercapai hasrat Iqbal nak bertentang mata dengan Inspektor Sheila, siap pakai baju sedondon lagi macam pengantin

IMPIAN usahawan sensasi Iqbal Zulkelfi ingin bertentang mata dengan Inspektor Sheila akhirnya tercapai apabila mereka digandingkan dalam satu sesi fotografi eksklusif. Malu-malu ketika kali pertama bertemu, Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli, 29, tidak mengambil masa lama untuk menyesuaikan diri dengan pegawai kanan polis itu. Malah, sepanjang sesi itu, Iqbal dan Sheila atau Sheila Sharon Steven Kumar, 35, dilihat tidak kekok bertegur sapa dan sempat bergurau mesra antara satu sama lain.

Kata Iqbal, dia mahu mengenali Sheila dengan lebih rapat dan bersedia untuk melangkah ke hubungan lebih serius jika ada jodoh antara mereka. “Selepas berjumpa ini saya serius untuk berkawan dengan dia… saya merasakan dia seorang yang komited dan jelas dengan apa yang dimahukan. “Saya juga tak mahu berfikir lebih, buat masa sekarang biarlah kami berkawan dahulu,” kata Iqbal. Dalam sesi fotografi ini, Sheila kelihatan anggun mengenakan busana pengantin berwarna hijau muda dari butik Arma Couture dan sentuhan mekap pula hasil solekan Khai Baha.

Bukan itu sahaja, Iqbal juga sempat mempelajari beberapa perkataan bahasa Tamil termasuk ungkapan ‘saya sayang kamu’. Dalam pada itu, Iqbal juga sempat tinggalkan pesanan supaya Sheila menjadi seorang yang lemah lembut supaya tidak terus menerima kritikan warganet. “Dia cantik dan boleh jadi model. Tapi sebelum ini ramai yang kritik sebab hanya mengenali Sheila sebagai seorang wanita yang tegas. “Saya harap dapat mengajar dia supaya lebih bersikap lemah-lembut. Tidaklah orang asyik nak kritik selepas ini,” ujarnya.

Iqbal berkata dia mengikuti perkongsian wanita itu di media sosial dan percaya di sebalik sifat garang yang selalu diperkatakan tentang Sheila, ada ciri-ciri kewanitaan yang membuatkan hatinya tertarik. Sementara itu, Sheila pula tidak menyangka dapat bertentang mata dengan Iqbal selepas nama mereka mula menjadi sebutan ramai beberapa hari ini. Memiliki ciri-ciri khas lelaki idaman, Sheila juga tidak ada masalah untuk menjadikan Iqbal sebagai teman baiknya. “Bila berjumpa hari ini persepsi saya terhadap Iqbal berubah. Dia kacak, ramah. Badannya pun tidaklah terlalu besar.

“Banyak lagi yang boleh saya explore tentang Iqbal. Secara peribadi dia seorang yang baik dan kami boleh berkawan. “Setakat ini saya belum jumpa lelaki yang betul-betul menepati citarasa. Iya, saya memang seorang yang memilih,” jelasnya. Nama kedua-dua mereka mula menjadi sebutan selepas Iqbal tinggalkan komen untuk berkenalan dengan Shiela dalam satu artikel terbitan mStar sebelum ini.

Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.