Sebarkan cerita tak betul, Baby Shima nekad untuk saman Pu Syed

Penyanyi sensasi Baby Shima, 28 bertindak mahu menyaman pendakwah PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Kuantan, Abd Rahman Mat Noor. Dia menerusi peguamnya Muhammad Noor Azfar Noor Azmi mengenakan tindakan tersebut berikutan dengan kata-kata fitnah terhadapnya. Kata Muhammad Noor Azfar, pihaknya memfailkan writ saman dan penyataan tuntutan itu di Mahkamah Tinggi Malaya, Ipoh serta Mahkamah Tinggi Malaya, Kota Bharu.

“Kedua-dua tindakan terhadap individu-individu yang dinamakan difailkan di atas kausa tindakan saman fitnah (defamation) dan ‘malicous falsehood’ di bawah undang-undang ‘tort’. Setakat tarikh kenyataan ini, proses penyerahan kertas-kertas kausa kepada individu-individu yang dinamakan di atas sedang dilaksanakan bagi maksud memenuhi keperluan undang-undang,” katanya. Menurut Mohammad Noor Azfar lagi, pihak Baby Shima tidak berhasrat untuk memberi komen lebih lanjut buat masa ini.

Beliau mengatakan bahawa langkah itu diambil sebagai menghormati proses mahkamah serta pihak yang dinamakan belum menerima kertas-kertas kausa yang difailkan, lapor Harian Metro. “Kami juga sudah menerima arahan untuk mengambil tindakan dalam masa terdekat ini terhadap beberapa individu dan syarikat lain yang terbabit menyalahgunakan nama anakguam kami bagi tujuan komersil,” katanya. Terdahulu, Abd Rahman ada mendakwa penyanyi berkenaan  telah menjual agama kerana hanya mengenakan tudung mengikut majlis tertentu. Dalam pada itu, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak pula didakwa telah memfitnah dan menuduhnya tidak mengerti soal halal dan haram berhubung penganjuran sesuatu konsert.

Sumber: LobakMerah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.