Muat naik video pendek promosi tudung, perubahan bentuk fizikal Nad Zainal pula yang jadi perhatian warganet

Baru-baru ini, pelakon popular Nad Zainal telah berjaya menarik perhatian ramai gara-gara perubahan bentuk fizikalnya yang sangat ketara berbanding sebelum ini. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh aktres yang berusia 33 tahun itu di laman Instagramnya, dia berkongsi sebuah video pendek seperti ‘bloopers’ untuk mempromosi jenama tudungnya. “Maid kita dah pandai record video content tau, tak payah suruh Ismail dah,” ujarnya. Bagaimanapun, warganet meluahkan rasa teruja apabila melihat ‘baby bump’ aktres tersebut semakin jelas berbanding sebelum ini namun, tiada sebarang respon daripada Nad mengenai khabar kehamilannya. Klik sini untuk lihat video.

Bahkan, ramai yang memuji wajah isteri kepada pelakon Ungku Ismail semakin berseri-seri sebagai seorang ibu mengandung. Susulan itu, ramai yang menzahirkan ucapan tahniah kepada Nad dan berharap agar urusannya untuk bergelar sebagai seorang ibu dipermudahkan. Sebelum ini, Nad pernah berkahwin dengan Muhammad Faliq pada 18 Disember 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata. Bagaimanapun, mereka telah membuat keputusan untuk berpisah baru-baru ini namun, asbab dan tarikh perpisahan tidak dimaklumkan kepada umum.

Kemudian, Nad Zainal telah mengejutkan ramai apabila dia selamat diijab kabulkan sebagai isteri kepada pelakon Ungku Ismail pada 23 Januari bersamaan dengan 1 Rejab 144 Hijrah. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.