Umum mengetahui, penyanyi, Bad Indigo sudah menemui pengganti teman hidupnya selepas berpisah dengan rakan seperjuangan dalam Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7), Ashira Aziz, pada tahun lalu. Terbaru, Bad dilihat kerap kali memuat naik foto seorang wanita yang dipercayai kekasih hatinya di akaun Instagram. Lebih jadi tumpuan, warganet mula menimbulkan tanda tanya mengenai sejauh manakah hubungan Bad dengan wanita tersebut. “Alhamdulillah kerana Allah memberi peluang for me to fall in love with u. You’re beautiful inside out. You’re amazing. Semoga kita kekal ke Jannah. Aamin Aamin YRA.”
Menurut Bad, Allah memberi peluang buat dirinya untuk jatuh cinta semula. Tambah Bad, wanita yang sedang dikenalinya itu sangat cantik dari segi luaran mahupun dalaman. Sebagai seorang lelaki, Bad berharap cinta mereka akan kekal sampai bila-bila. Namun begitu, rata-rata warganet mendakwa Bad ‘pelik’ sejak belakangan ini. Menurut warganet, mereka tidak pernah melihat Bad memuat naik foto bersama wanita tersebut di media sosial. Di samping itu, netizen memberi teguran kepada Bad agar tidak menunjuk-nunjuk rasa kasih sayangnya terhadap wanita itu kepada umum. Tambah netizen, alangkah baiknya Bad mengahwini wanita itu secepat yang mungkin daripada meluahkan rasa sayang dengan cara sebegitu.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.