Bell Ngasri menyifatkan insan paling popular adalah bapanya, Ngasri Sain.

Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-35 (ABPBH35), Bell Ngasri, 43, menyifatkan insan ‘paling popular’ ialah bapanya, Ngasri Sain, 73. Bell berkata, orang yang paling popular dan dikenali ramai dalam keluarga mereka sejak dulu ialah bapanya yang juga bekas penyiar terkenal di RTM itu.

Saya datang dari keluarga terdiri daripada insan seni. Kalau nak cerita popular ini, ayah saya dulu boleh dikatakan semua orang pun kenal. Sejak lahir sehinggalah berusia belasan tahun dan memasuki usia 20-an, orang pasti akan cakap Bell, siapa Bell? Ohh anak Ngasri tu. Maknanya, sememangnya bapa saya lebih popular berbanding saya,” katanya yang turut mengakui dia sebenarnya takut dengan populariti.

Bell atau nama sebenarnya, Nasrizal @ Ngasrizal Ngasri berkata, dia bersyukur dengan segala rezeki yang dianugerahkan Allah kepadanya kini selepas 37 tahun terus aktif bergelar pelakon tanpa jemu.

Mama, Habibah Jaafar adalah pendorong utama sejak kanak-kanak lagi. Dia yang nak saya jadi pelakon dan Alhamdulillah, sampai sekarang rezeki saya tak putus sebagai pelakon atas doa mama. Saya amat berbesar hati mendedikasikan segala anugerah yang dimenangi kepada mama. Dulu, mama saya sanggup bawa kami semua adik-beradik naik bas mini untuk ke lokasi penggambaran,” katanya.

Bell berkata, tidak mudah baginya berada pada tahap sekarang. Dia hanya mampu bersyukur dengan rezeki kemenangan yang tidak pernah diduganya sebagai artis yang tiada kelab peminat. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.