Tak sangka selepas Bell Ngsari, warganet mahu mengangkat Pak Kodi pula pada tahun hadapan.

Siapa yang tidak mengenali Zahid bin Tajuddin atau lebih dikenali sebagai Ropie Cecupak. Beliau merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara dan penyanyi di Malaysia. Ropie merupakan salah seorang ahli kumpulan cecupak yang popular dengan sitkom dengan namayang sama pada lewat tahun 1990-an.

Selain nama Ropie Cecupak, beliau juga lebih dikenali dengan nama Pak Kodi dalan sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK). Pak Kodi telah menjadi nama panggilannya daripada orang ramai kerana watak yang dibawanya di dalam sitkom terbabit menjadi dan diminati ramai. Baru-baru ini, pelawak dan pelakon Bell Ngasri dinobatkan sebagai pelawak paling popular dan sekaligus membawa pulang anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian yang ke-35. Anugerah tersebut telah membuka mata ramai pihak bahawa Bell tidak mempunyai kelab peminat namun berjaya memenangi anugerah tersebut hasil daripada kuasa viral warganet.

Selepas kemenangan Bell Ngasri, kini warganet berhasrat mahu mengangkat Pak Kodi pula untuk memenangi kategori yang sama pada tahun hadapan. Menurut mereka, bintang-bintang seperti itulah yang perlu diangkatkan dalam industri seni tanah air bagi menghargai usaha mereka selama ini.

Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.