Pelakon Azri Iskandar memberitahu yang dia tidak akan lupa untuk menjemput bekas isterinya, Ellie Suriaty untuk hadir ke majlis perkahwinannya. Dia mendedahkan yang dia masih lagi dalam perancangan untuk mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya, Dr Azra sekiranya ada jodoh mereka.
Dia menjelaskan niat murni itu belum dapat direalisasikan kerana Azri masih lagi belum mempunyai wang belanja yang mencukupi untuk mengadakan majlis perkahwinan.
Memang target (untuk berkahwin) seawal mungkin. Kalau kewangan okey, jadilah. Mungkin tahun ini juga insya-Allah. Jika betul saya akan mendirikan rumah tangga, saya akan kongsikan dengan semua.
Saya akan buat majlis, walaupun dah tua. Untuk makan-makan, berkumpul kawan-kawan dan juga bergambar. Malah, saya akan jemput bekas Ellie untuk datang ke majlis perkahwinan saya. Itu sudah pasti. Tapi sama ada dia nak datang atau tidak, terpulang pada dia,” katanya.
Azri mengulas mengenai isu itu ketika Majlis Tayangan Drama-Drama Baharu Astro, baru-baru ini. Pada acara berkenaan, Astro memperkenalkan drama baharu seperti Bukan Cinta Sempurna, Budak Hostel Otaknya Sewel dan Tanah Kubur Siri 16.
Menerusi acara yang sama, Azri ‘disatukan’ buat kali pertama dengan Ellie memandangkan kedua-duanya membintangi drama Tanah Kubur tetapi berlainan episod. Azri menambah, hubungannya bersama bekas isterinya itu masih baik dan dia boleh menyifatkan hubungan itu lebih bagus berbanding ketika masih bergelar suami isteri.
Hubungan kami baik, sungguhpun sudah berpisah. Saya rasa macam lebih baik berbanding ketika berkahwin. Kalau tak da duit saya pinjam dia dan begitu juga dia. Hubungan kami macam biasa, macam tak ceraiā¦ cuma tak duduk serumah,” katanya.
Azri bagaimanapun menjelaskan belum berkesempatan membawa kekasihnya itu berjumpa anak-anak kerana kekangan masa dan kesibukan kerja. Untuk rekod, Ellie dan Azri atau Azri Iskandar Zulkiffly, 55, bercerai talak satu pada 17 Mei tahun lalu.
Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18, dan Nur Azreen, 14 tahun. Menerusi perkahwinan terdahulu, Azri juga dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31, Farah Qistina, 29 dan Nur Anis Mastura, 27 tahun. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.