Tular seorang remaja perempuan berkahwin dengan lelaki berusia

Sepasang suami isteri di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian warganet kerana mempunyai perbezaan usia sebanyak 34 tahun, lapor portal berita Wolipop hari ini. Berdasarkan klip video  di laman TikTok, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 1 Julai lalu itu dilihat mempamerkan kad pernikahan mereka, menunjukkan si isteri lahir pada 2004, manakala suaminya dilahirkan pada 1970.

Menurut Pebriyanti Hardiansyah, 19, suaminya iaitu  Nurhadi, 53, pada awalnya merupakan sahabat  bapanya. Katanya, dia pertama kali bertemu Nurhadi ketika berusia lima atau enam tahun di mana ketika itu, suaminya telah pun berumah tangga.

Dahulu, dia kerap datang ke rumah bersama isterinya. Namun, perkenalan kami hanya setakat itu kerana dia ialah rakan baik bapa saya,” ujarnya. Tambah Pebriyanti, ketika berusia 19 tahun, dia sekeluarga mendapat tahu bahawa isteri Nurhadi telah meninggal dunia selepas mereka bertemu kembali.

Disebabkan saya seorang yang ceria, rasa mesra itu mula timbul hingga akhirnya saya mula tertarik kepadanya,” jelasnya. Hubungan mereka akhirnya berubah menjadi pasangan kekasih sehingga Nurhadi bertindak melamar Pebriyanti pada 1 Mei lalu dan berkahwin pada 1 Julai. 

Kisah pasangan tersebut menjadi perhatian warganet dengan ramai memberikan pendapat masing-masing. Kalau saya, mungkin seumur hidup orang sangkakan dia ialah bapa saya, Suaminya sebaya bapa saya, si isteri pula sebaya adik saya,” kata pengguna lain. – Agensi 

Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.