Tular kali ini giliran empat jejaka JaPen tunjuk bakat nyanyi lagu Azie.

Selepas enam wanita daripada Pentarama Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) tular dengan nyanyian lagu Putus Terpaksa secara bergilir-gilir, kini giliran empat jejaka pula menunjukkan bakat sama.

Menerusi TikTok Pentarama Putrajaya, orang ramai dilihat teruja dengan kebolehan mereka membawakan lagu bertajuk ‘Kau tetap dalam anganku’, nyanyian Azie dengan nada tinggi.

Hebat, suara ‘power’ semua ada kemahiran tersendiri,” kata Aisy Al Habib. Wow, hebat! Mantap suara masing-masing, terbaik,” puji SeriNonaNorLiza2021.

Dalam masa sama, ada juga yang meminta supaya para wanita JaPen yang tular sebelumnya untuk menyanyikan lagu tersebut. Terbaik semuanya tapi nak minta geng wanita yang nyanyi lagu ‘Putus Terpaksa’ boleh tak,” soal seorang lagi pengguna.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan enam wanita dari JaPen menarik perhatian ramai apabila berjaya cemerlang membawakan lagu Putus Terpaksa secara bergilir-gilir. Menerusi TikTok Pentarama Putrajaya, video nyanyian itu membuatkan orang ramai teruja dan tidak putus-putus memuji berikutan lagu tersebut tidak mudah untuk dibawakan kerana bernada tinggi.

Kredit Kosmo Online.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.