Digosipkan bercerai, Kajol dan Ajay sibuk kumpul hartanah.

PASANGAN sensasi, Kajol dan Ajay Devgan dikatakan antara selebriti Bollywood yang bijak merencana kewangan apabila giat terbabit dalam pasaran hartanah. Biarpun dihangatkan dengan khabar angin dalam proses menuju kehancuran rumah tangga, bintang bintang Kuch Kuch Hota Hai itu membeli sebuah pangsapuri mewah di Mumbai yang difahamkan mencecah harga jutaan ringgit.

Selepas Kajol membeli pangsapuri baharu, suaminya juga telah membeli lima unit ruang perniagaan berkeluasan 13.293 meter persegi.

Semua unit tersebut terletak di bangunan Signature Oshiwara yang mengambil lokasi di Mumbai dengan nilai jutaan ringgit.

Menurut dokumen pemilikan, hartanah tersebut didaftarkan atas nama Vishal Virender Devgan atau lebih dikenali sebagai Ajay Devgan. Ini membuktikan kekayaan pasangan tersebut disalurkan ke pelaburan aset, manakala kedua-duanya lebih selesa tinggal di rumah agam di Juhu, Mumbai.

Kredit Sinar Plus. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.