Sebelum ni kecoh pasal Boss Kay sekat wasap anak, tak boleh berdiam sekali ini pula luahan dari Tash Yong

Pelakon Tash Yong bersuara selepas suaminya, Boss Kay teruk dikritik selepas bekas isteri pertama, Nooraini Noni mendedahkan perbuatan menyekat (block) WhatsApp anak di TikTok. Menerusi Instagram Stories, Tash menyatakan dia sudah hilang sabar dengan tuduhan dan fitnah netizen yang mendakwa dirinya ibu tiri tidak baik selain menjadi penghalang untuk ayah dan anak berjumpa.

“Kepada semua yang fitnah aku ini mak tiri jahat , jadi punca anak-anak tiri tak dapat jumpa dengan bapa dorang. Sila hadam cerita sebenar (artikel Mstar). Aku tak suka publisti murahan macam ini tapi bila ada pihak tak bertanggungjawab yang viralkan isu (block WhatsApp) dan warganet pun tak bijak menilai, sibuk masuk campur jadi saya kena kongsi di sini. Selama ini aku diam dan sabar tapi jangan la uji kesabaran aku bertubi-tubi. Jadilah manusia bijak yang tak gunakan isu peribadi untuk puaskan ego sendiri. Habis aib 1 keluarga nak disebarkan.

Kata Tash, 33, dia tidak pernah mengganggu kehidupan orang lain memandangkan fokus harian dirinya dengan tuntutan kerja. Dalam pada itu, pemilik nama Nur Natasha Shazila Rosli turut memberi amaran kepada Nooraini Noni untuk tidak bersikap keterlaluan. Dakwanya, dia masih menjaga dan menyimpan bukti yang melibatkan aib. “Jangan lupa kita semua ini ada aib. Jadi, awak juga, Aib kau aku masih jaga dan simpan. Jangan berlebihan. Bukti pun sama-sama ada. Fikirkanlah. Hal peribadi dan keluarga bukanlah untuk dipertayangkan di media sosial. Tak malu ke? Henti la.

Sebelum ini, Nooraini Noni memuat naik video yang memaparkan anak lelakinya menangis kerana merindui bapanya. Berdasarkan rakaman video yang dikongsikan, anak sulung pasangan itu dilihat memegang telefon bimbit seakan menanti mesejnya dibalas oleh bapa tercinta. Untuk info, Tash berkahwin dengan Boss Kay pada 8 April. Terdahulu, Boss Kay pernah berkahwin dengan Nooraini Noni dan Norsufia Johari, namun perkahwinan kedua-duanya berakhir pada Mac 2023. Hasil dua keluarga itu, Boss Kay dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.