Dalam masa 11 bulan 2 kali bersalin secara czer, ramai yang kesian bila tengok wanita ni tanggung sakit

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai seorang wanita dikenali Fenny Alberti dari Indonesia terpaksa menanggung kesakitan sarat hamil anak kedua selepas baru sahaja melahirkan anak pertama pada 17 Ogos tahun lalu. Apa yang menyentuh hati ramai adalah keperitan wanita berkenaan menanggung sakit lebih-lebih lagi melahirkan anak pertama secara operasi sehingga mengalami kesukaran berjalan dan masalah tulang pinggul. Terbaharu, perkongsian wanita itu sekali lagi jadi perhatian ramai termasuklah warganet Malaysia yang turut bersimpati dengan nasibnya kerana terpaksa menanggung sakit melahirkan anak kedua. Klik sini untuk lihat video.

Menerusi beberapa video dimuat naik, wanita berkenaan dilihat sedang menahan kesakitan sehingga mengalir air mata dan menyatakan tidak akan hamil sepanjang tempoh tujuh tahun akan datang. “Sudah KB, tujuh tahun kedepan Kak Venny berehat dulu ya,”tulis suaminya. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet menasihati agar pasangan tersebut menjadikan pengalaman melahirkan anak kedua sebagai pengajaran untuk membuat perancangan kehamilan anak.

Mereka turut mengakui perit dan terasa diri berada dalam situasi berkenaan selain berharap agar si suami tidak terlampau mengikut nafsu serta lebih peka terhadap kesihatan isteri. Sumbr: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.