Muat naik gambar cucu, ramai yang tertanya tanya bila tengok Datin Patimah punya kapsyen

Ibu kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail tampil berkongsi momen bersama dua cucunya, Syaikhul Islam dan Sumayyah baru-baru ini. Berada dalam kapal terbang menuju ke destinasi yang tidak dimaklumkan, Patimah sempat berkongsi status luahan hatinya. “Luka di hati maseh (masih) berdrh,” tulisnya ringkas menggambarkan perasaannya ketika ini.

Sebelum ini, Patimah antara individu yang kerap berkongsi coretan isi hatinya di Instagram Stories sepanjang kemelut rumah tangga anak dan menantunya, Puteri Sarah Liyana berlanjutan. Terdahulu, Puteri Sarah dan Syamsul bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu. Lafaz talak dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.