Ambik bidan dari Terengganu, tercapai juga hasrat Neelofa nak berpantang cara tradisional

Hasrat selebriti popular, Noor Neelofa, 34, untuk berpantang secara tradisional atau kampung selepas melahirkan bayi kedua tertunai. Menerusi kemas kini di Instagram Stories, Neelofa berkata dia telah menggunakan khidmat seorang bidan yang dibawakan jauh dari Besut, Terengganu untuk menjalani tempoh berpantang. Menurut Neelofa, berpantang secara tradisional adalah lebih dekat dengan dirinya kerana dia juga berasal dari kampung. “Alhamdulillah, ada rezeki saya untuk bawa Kak Dib (nama Bidan) all the way dari Besut, Terengganu untuk saya duduk di Kuala Lumpur selama 40 hari bantu saya pantang secara tradisional. Lebih rileks dan dekat di hati saya yang asalnya pun seorang budak kampung #kampunggirl.”

Menerusi perkongsian tersebut, isteri kepada pendakwah terkenal Haris Ismail itu turut memuat naik gambar beberapa peralatan untuk berpantang. Dalam pada itu, bekas pengacara program MeleTop turut menulis sasaran berat badan yang diimpikan selepas habis tempoh berpantang iaitu ‘road to 55kg’. Terdahulu, Neelofa meluahkan hasrat untuk berpantang secara tradisional untuk anak keduanya apabila sebelum ini dia telah menggunakan khidmat moden untuk anak pertamanya, Muhammad Bilal. Pada 11 Julai lalu, Neelofa selamat melahirkan bayi kedua dan menamakannya Abdullah Abbas.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan putera sulung bernama Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.