Akan kembali bergandingan dengan View Chin, sekali ini pula komen warganet

Beberapa bulan lepas, media sosial dikejutkan dengan kes rumah tangga personaliti internet View Chin serta bekas isterinya Ah Moi. Skandal ini bertambah rumit apabila terdapat tuduhan yang mengatakan salah seorang hos live TikTok yang bekerja dengan View Chin iaitu Mira menjadi dalang keruntuhan rumah tangga mereka. Malah, ada juga desas-desus yang mengatakan View Chin mengasari bekas isterinya itu kerana dia berlaku curang terhadap suaminya. Pun begitu, isu rumah tangga mereka ini terlihat sepi untuk seketika namun hari ini satu perkara telah berlaku yang menarik perhatian netizen.

Menerusi laman Instagram miliknya Amirah Firdaus atau lebih dikenali sebagai Mira memuat naik sebuah teaser yang memaparkan dia dan View Chin akan kembali bergandingan dalam satu sesi TikTok live hari ini. “We’re back! Hari ini pukul 2PM dkt view chin tiktok live,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen. Perkara itu menimbulkan kemarahan warganet dan rata-rata antara mereka memberikan kritikan yang hebat kepada kedua-dua personaliti internet itu.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.