Tular video Cik B tengah belajar bawa kereta, ramai yang puji sebab dia tak beli lesen terbang

Anak kepada usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida iaitu Cik B sememangnya tidak lokek berkongsi kegiatan hariannya di media sosial. Dia juga begitu sporting melayan peminat yang mahu bergambar atau mengambil video ketika bertemu dengannya. Terbaru, menerusi perkongsian Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin di TikTok, dia telah memuat naik kembali video yang diambil oleh peminat sewaktu bertemunya di lampu isyarat.

Menerusi video itu, dapat dilihat yang pelakon tersebut sedang belajar memandu untuk persediaan mendapatkan lesen kereta. Apa yang menarik adalah tindakannya yang mesra sewaktu disapa dan turut membuat mini love kepada pemandu serta penumpang yang menyapanya di lampu isyarat. Menjengah ke ruangan komen, ramai memuji sikap Cik B yang tetap melayan baik peminatnya walaupun sedang mempunyai urusan. Mereka juga turut berseloroh dengan berasa kagum apabila anak kepada usahawan itu tidak mengambil jalan pintas bagi mendapatkan lesen memandu kerana ada sahaja sesetengah pihak menggunakan kekayaan untuk tak patuh undang-undang. Klik sini untuk lihat video.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.