Tolak sebarang tawaran yang bayar harga rendah, Didie Alias dedah pernah ditawarkan bayaran RM500 sehari untuk jadi aktres undangan

PELAKON Didie Alias mendedahkan pernah ditawarkan bayaran sebanyak RM500 sebagai aktres undangan untuk sehari penggambaran bagi sebuah drama. Didie atau Nur Fadzilah Ali, 52, berkata, harga tersebut disifatkan sebagai tidak masuk akal kerana ia merupakan bayaran ketika di awal pembabitannya dalam dunia lakonan pada awal 1990-an. “Saya pernah menerima tawaran jadi pelakon undangan untuk satu hari penggambaran dengan bayaran RM500.

“Tak ada lagi harga macam itu pada zaman sekarang… RM500 itu zaman kami 30 tahun lalu, takkanlah mereka nak kekal bayaran itu sampai sekarang,” katanya. Enggan dibuli oleh mana-mana produksi, Didie berkata, dia biasanya akan menolak sebarang tawaran dengan harga rendah dan akan menetapkan harga mengikut kadar semasa. Kata Didie, dia bukan bersifat ‘demand’ tetapi setiap kali penggambaran banyak keperluan yang disediakan sendiri seperti pakaian, jurusolek termasuk kos pengangkutan ke lokasi.

“Bab ini saya memang tegas, kalau mahu saya berlakon ikut harga saya. Kalau tak mahu, terpulang. “Ramai tidak faham artis datang ke set bukan dengan tangan kosong tapi bawa pakaian sendiri, jurusolek sebab nak dapat solekan ikut karakter dan itu semua kos. Habis tu kau ingat aku pergi tempat shooting naik basikal? Tak perlu isi minyak?,” soalnya. Bagaimanapun, pelakon drama The Maid itu tidak menafikan mungkin terdapat segelintir artis veteran terpaksa menerima bayaran rendah bagi kelangsungan hidup mereka.

Bagi Didie, dia bernasib baik kerana tidak hanya bergantung kepada bidang lakonan dan mempunyai bisnes sendiri untuk menjana pendapatan tambahan. “Macam saya, saya tidak fokus sepenuhnya kepada bidang lakonan kerana saya juga mempunyai bisnes sendiri. “Mungkin ada pelakon-pelakon veteran ini kerjanya hanya tertumpu pada satu bidang. Kita tidak boleh salahkan mereka kerana mungkin mereka memerlukan.

“Itu yang berlaku pada segelintir artis kita. Kadang-kadang kalau tak mahu ambil job murah, nanti tak ada duit nak makan. Tak ada duit nak bayar komitmen,” katanya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.