Dah kena gempur dengan DBKL, tular video selamba je warga asing jual jagung bakar depan KLCC

Susulan video tular, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menggempur penjaja warga asing yang membkr dan menjual jagung di hadapan pintu masuk Suria KLCC baru-baru ini. Menerusi satu kenyataan di laman Facebook, operasi tindakan khas itu turut dijalankan di sekitar Jalan Ampang (KLCC), Jalan Imbi dan Jalan P.Ramlee pada hujung minggu lalu. “Sebanyak empat tindakan sita/pindah halangan telah diambil ke atas penjaja bukan warga negara yang menjaja makanan dan minuman termasuk dua peniaga pakaian terpakai. Klik sini untuk lihat video.

“Satu notis kompaun di bawah UUK 3(1) Undang – Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 – Penjaja Warganegara Tanpa Lesen. Satu lagi notis kompaun Seksyen 47(1)(a), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 – Kesalahan membuang bahan jualan dan membuat kekotoran di tempat awam,” katanya. DBKL berkata, pihaknya juga telah menempatkan anggota penguatkuasa di beberapa lokasi ‘panas’ yang berlakunya aktiviti penjajaan tanpa izin bagi memastikan aktiviti seperti itu dapat dibendung.

Terdahulu, seorang pengguna TikTok @sitisarahabdullah_ memuat naik dua rakaman video memaparkan penjaja dipercayai warga asing menjual jagung bakar di sekitar kaki lima berdekatan mercu tanda Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.