Serius unttuk milik kelab bola Kelantan Fc, Ds Vida dedah nak jumpa dengan TMJ untuk tuntut ilmu

Usahawan komestik sensasi, Datuk Seri Vida menekankan dirinya begitu serius untuk memiliki kelab bola sepak Kelantan FC, The Red Warior (TRW). Memetik Sinar Harian, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkata dia juga mempunyai impian untuk bertemu dan menuntut ilmu dengan pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. “Menjadi penaja dan pemilik adalah perkara berbeza. Sebagai persiapan, saya perlu mendapatkan seberapa banyak ilmu bagi melancarkan lagi pengurusan jika mengambil alih pasukan (Kelantan FC).

“Besar harapan saya agar Tuanku dapat menerima hasrat ini. Pembaharuan dan nafas baharu yang disuntik oleh Tuanku dalam arena bola sepak Kelantan wajar dijadikan sebagai panduan oleh saya sebagai orang baharu.Tambah Vida, ilmu pengurusan bola sepak yang betul perlu dimiliki jika mahu terus bertahan dalam menguruskan pasukan dan dia tidak mahu sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’ dalam memulihkan semula Kelantan FC.Jelas usahawan berasal dari Kelantan itu lagi, dia sendiri akan turun ke Johor Baharu bagi menyaksikan final Piala FA antara JDT menentang Kuala Lumpur City pada 22 Julai ini.

Sementara itu, memetik Harian Metro, pemilik skuad TRW, Norizam Tukiman mendedahkan nama Vida tidak akan diumumkan sebagai rakan kongsi terbaharu Kelantan FC. Menurut Norizam, sebaliknya pihaknya akan mengumumkan nama seorang VVIP yang akan bersama memacu pasukan tersebut, pada petang ini. Terdahulu, Vida dan seorang lagi individu bernama Erfan Akif yang juga usahawan pusat kecergasan dikatakan pesaing yang akan membeli TRW daripada Norizam.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.