Perlu tanggung segala kos perubatan, Kak Km kongsikan berita ank ketiga ada masalah jantung berlubang

Usahawan terkenal, Liana Rosli atau biasa disapa Kak KM telah berkongsi berita bahawa anak ketiganya telah dimasukkan ke hospital disebabkan kurang sihat. Menurut Kak KM, doktor memaklumkan akannya dikenali sebagai Rania mengalami masalah jantung berlubang. Usahawan itu juga dilihat menangis sewaktu menceritakan kesihatan remaja terbabit di dalam video yang dikongsikan di media sosial. Klik sini untuk lihat video.

Ujarnya lagi, dia amat merisaukan keadaan Rania yang biasa dipanggil Baby. Tak hanya itu, Kak KM juga memberitahu bahawa dia perlu menanggung segala kos perubatan kerana belum sempat untuk mendapatkan insurans. Jadi, ketika ini pihak hospital baru membuat pemeriksaan kesihatan sebagai prosedur untuk mendaftar insurans.Tambah founder jamu tersebut, sebenarnya Rania memang pernah didianogsis mengalami masalah pada injap jantungnya sejak bayi, namun sejak bertambah dewasa dia menunjukkan simptom lain seperti kesukaran untuk bernafas.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan agar anak kepada usahawan itu segera sembuh dan segala urusan Kak KM sekeluarga dipermudahkan lebih-lebih lagi dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.