Faisal Halim secara rasmi sah digantung selama 4 bulan, rupanya ini punca sampai dia kena gantung

Pemain bintang kelab bola sepak Selangor FC, Faisal Halim atau lebih dikenali dengan jolokan ‘Mickey’ secara rasminya akan ‘berehat’ dari kancah bola sepak tempatan selepas digantung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Hukuman yang diterima Faisal itu disahkan pasukannya, skuad ‘The Red Giants’ menerusi satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Instagram rasmi mereka. “Pada 25.07.2023, wakil kelab dan pemain hadir di hadapan Jawatankuasa Tatatertib untuk perbicaraan tatatertib. Pada hari ini, Selangor FC telah dimaklumkan mengenai keputusan Jawatankuasa Tatatertib tersebut.

Pemain (Faisal) dikenakan penggantungan selama satu bulan dahulu dari 25 Julai 2023 hingga 23 Ogos 2023 dan baki tiga bulan adalah ditangguhkan tertakluk kepada kelakuan baik pemain selama 12 bulan dari tarikh 24 Ogos 2023 sehingga 24 Ogos 2024.” Difahamkan, penggantungan yang dikenakan ke atas Faisal itu adalah susulan kenyataan media yang dibuatnya selepas perlawanan Liga Super Malaysia melibatkan pasukan Selangor FC dan Sabah FC pada 27 April yang lalu.

Penggantungan Faisal yang berkuatkuasa pada Selasa itu sedikit sebanyak akan merencatkan perancangan pasukan Selangor FC dalam usaha mengekalkan momentum kemenangan bagi mengukuhkan kedudukan di tangga kedua Liga Super. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.