Mempersendakan gambar arwah bapa, Farahdhiya nekad untuk heret individu tersebut ke mahkamah

PENYANYI Farahdhiya tidak akan memaafkan individu yang menyunting foto Allahyarham bapanya untuk tujuan tidak baik baru-baru ini. Farahdhiya atau Nur Farahdhiya Mohd Amin, 39, berkata, perbuatan individu berkenaan disifatkan sebagai melampau dan akan menjejaki identiti pelaku dan mendakwanya di mahkamah. “Saya rasa kelakuan seperti ini tidak ada istilah untuk dimaafkan kerana perbuatan itu sangat tidak boleh diterima… sangat kurang ajar. “Buat masa ini saya memang tidak berniat untuk memaafkan si pelaku. Saya hanya berharap untuk mengetahui siapa individu itu dan terus mendakwanya.

“Takkan ada sidang media untuk minta maaf nak beritahu tersalah laku atau apa pun… saya tak mahu dengar itu semua,” katanya ketika dihubungi. Dalam pada itu, penyanyi lagu Bertakhta Di Hati ini turut membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju ditemani penerbit Datuk A. Aida pada Khamis. “Sebenarnya kalau cerita fasal super imposed dalam kalangan artis memang sudah biasa. Sebelum ini saya pun pernah melalui pengalaman individu memburuk-burukkan gambar saya. “Tapi saya tidak membuat laporan polis… Namun kali ini saya rasa sudah melampau kerana membabitkan arwah ayah saya di atas kbrnya. Saya tidak boleh menerima perbuatan itu dan disebabkan ini saya bertindak untuk membuat laporan polis,” ujarnya.

Sebelum ini, Farahdhiya berkongsi dia menerima sekeping foto menerusi kiriman mesej di Instagram memperlihatkan arwah bapanya iaitu Mohd Amin Zubir di atas kbr. Menurut Farahdhiya, dia tidak mengetahui motif individu berkenaan dan percaya perkara itu tidak dilakukan oleh orang terdekat. Untuk rekod, bapa Farahdhiya menghembuskan nafas terakhir pada 9 Januari 2020. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.