Muat naik gambar terbaru, sekali lagi Sharifah Sakinah teruk kena kritik dengan warganet

Nama pelakon sensasi tanah air iaitu Sharifah Sakinah sekali lagi jadi tumpuan ramai apabila dia berkongsi foto dirinya mengenakan pakaian mencolok mata. Menerusi foto yang dimuat naik di Instagram, Sharifah Sakinah atau lebih mesra dengan panggilan Sakinah dilihat berbaring di atas rumput dengan mengenakan tube top. Bukan itu sahaja, lebih mencuri tumpuan ramai apabila Sakinah hanya menutupi bahagian kakinya dengan sehelai selendang yang diikat pada pinggang. Akan tetapi, sebahagiannya dilihat terbuka sehingga menampakkan sisi tepi bahagian pinggulnya.

Meskipun sebelum ini Sakinah terbuka berkongsi fotonya mengenakan pakaian mencolok mata tetapi warganet masih kurang senang dengan penampilan ibu kepada seorang anak ini. Mereka sempat menegur dan memberi nasihat kepada Kinah supaya menjaga auratnya sebagai wanita Muslim. Walaupun menerima pelbagai komen tetapi setakat artikel ditulis, Sakinah tidak memberi sebarang respon.

Sebagai info, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga bersama juruterbang, Aliff Adha pada tahun 2015 namun bercerai pada Mei 2020. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Anais Adha yang kini berusia lima tahun. Pada Februari 2022, Sakinah telah melangsungkan perkahwinan keduanya bersama jejaka kelahiran Sweden iaitu Michael Hansen namun berpisah sekitar hujung tahun 2022.\

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.