Hanya sempat buat 5 kali rawatan radioterapi, Ubai dedah keadaan terkini ibunya

PERSONALITI media sosial Ubai memaklumkan ibunya iaitu Rohani Jamal kini ditidurkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Isnin. Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, berkata, ibunya sebelum ini sudah menunjukkan kemajuan selepas menjalani lima kitaran radioterapi, namun pada pagi Isnin tahap kesihatannya tiba-tiba menurun. “Sepatutnya ibu melalui enam kitaran kimoterapi tetapi hanya sempat buat lima dan berlakunya pendrhn pada rahim.

“Selepas berlaku pendrhn itu, doktor cadangkan untuk buat lagi lima radioterapi dan Alhamdulillah kelima-lima kitaran itu sudah juga diselesaikan. “Pada mulanya, selepas rawatan radioterapi itu ibu nampak okay cuma tiba-tiba pagi tadi doktor kata tahap kesihatan ibu tidak stabil dan ambil keputusan untuk tidurkannya,” katanya ketika dihubungi. Dalam pada itu, tunang kepada penyanyi Shila Amzah itu juga memberitahu selepas ini ibunya perlu menjalani semula enam kitaran kimoterapi dengan menggunakan ubat-ubatan yang lain. Ubai turut memohon pengikutnya mendoakan ibunya diberikan kesembuhan dan kekuatan bagi melawan penyakitnya itu.

“Disebabkan dia (ibu) terlalu sakit, jadi doktor mengambil langkah untuk mengawal dengan menidurkan dia. Doktor mahu ibu untuk beri dia berehat. Untuk rawatan seterusnya nanti, mungkin ibu perlu buat semula kimoterapi sebanyak enam kitaran dengan ubat yang berlainan… tetapi dia perlu mula dengan kitaran pertama semula. “Saya hanya mahu minta orang ramai supaya mendoakan kesihatan ibu saya supaya dia kembali sihat dan terus kuat untuk melwn penyakitnya itu,” katanya. Pada 8 Julai, ibu Ubai dimasukkan ke hospital PPUM susulan mengalami pendrhn pada bahagian rahim.

Kata Ubai, keadaan ibunya itu susulan disahkan menghidap knsr ovari tahap tiga dan sudah pun melakukan operasi membuang orgran berkenaan pada Januari lalu. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.