Terus hilang selera makan, wanita luah rasa bengang bila beli nasi lemak tepi jalan dapat sekali dengan cicak

Nasi lemak pastinya menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Tidak kiralah pada waktu tengahari mahupun malam, nasi lemak enak dimakan pada setiap masa. Malangnya, seorang individu tidak bernasib baik apabila nasi lemak yang dibelinya didapati ada seekor cicak. Menerusi perkongsian di TikTok, seorang individu yang dikenali sebagai Fatihah meluahkan rasa berangnya terhadap tahap kebersihan sebuah kedai yang menjual nasi lemak. Difahamkan, kedai itu terletak di tepi jalan.

“Meniaga boleh tak jangan pengotor sangat. Hilang selera makan aku.” Dalam pada itu, Fatihah sempat menasihati orang ramai agar memeriksa makanan yang dipesan terlebih dahulu sebelum mula menjamah. Klik sini untuk lihat video.

Komen warganet:

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sempat berseloroh dengan menyangka ianya ikan bilis bersaiz besar. Selain itu, terdapat juga segelintir yang kembang tekak untuk menjamah nasi lemak selepas melihat apa yang dihadapi individu berkenaan.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.