Dah banyak kali minta maaf tapi masih buat lagi, ibu nekad untuk bawa anak pergi balai polis sebab selalu kacau kawan dekat sekolah

Seorang ibu bertindak membawa anaknya ke balai polis kerana kanak-kanak itu berkelakuan nakal ketika di sekolah. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan mereka sedang berada di perkarangan sebuah balai polis dan kanak-kanak tersebut dilihat menangis teresak-esak. Tindakan wanita itu membawa anaknya ke balai polis adalah sebagai pengajaran kerana kanak-kanak tersebut sering mengganggu rakan-rakannya di sekolah. Klik sini untuk lihat video.

“Upah selalu kacau orang dekat sekolah. Ummi betul-betul bawa pergi balai. Ummi dah stress dah 100 kali minta maaf tak nak buat lagi, tengok esok kalau buat lagi kita hantar balik.” Turut kelihatan di dalam video tersebut adalah seorang pegawai polis yang datang menasihati kanak-kanak tersebut. “Jadi budak baik, berdosa nanti masuk neraka tuhan marah.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap wanita berkenaan kerana berusaha mencari cara untuk menggubah anaknya untuk menjadi orang yang lebih baik sedangkan ramai ibu bapa yang lain hanya membiarkan sikap nakal anak mereka. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.