Sarah Hilderbrand muat naik gambar dengan berpakaian dalam, sekali benda ni pula yang jadi tumpuan warganet

TINDAKAN Sarah Hildebrand memuat naik swafoto di hadapan cermin hanya mengenakan pakaian dan seluar dalam berwarna hitam sekali lagi jadi perhatian warganet meskipun pelakon itu sudah mengundurkan diri daripada dunia seni. Sarah atau Nur Sarah Hildebrand Asyraf Hildebrand, 33, memuat naik foto berkenaan dipercayai sebagai motivasi untuk menurunkan berat badannya yang dilihat sedikit berisi. “Saya akan kembali dalam masa sebulan atau lebih,” tulisnya pada kapsyen foto tersebut di Instagram.

Bagaimanapun warganet sudah lali dengan tindakan Sarah yang gemar berpenampilan menjolok mata sejak melepaskan hijab dan berhijrah ke Amerika Syarikat pada 2022. Sebaliknya, apa menarik perhatian mereka adalah kehadiran selulit pada bahagian paha aktres itu yang kelihatan jelas. “Ingatkan saya sahaja ada selulit. Orang kurus pun ada masalah sama, apatah lagi kita yang ‘comel’ ini,” tulis salah seorang pengikutnya. Ada juga memuji bentuk tubuh Sarah yang dikatakan semakin tegap selepas bergelar seorang tentera di Amerika.

“Tentera, kan? Mestilah badan kena mantap! Anda tidak akan boleh melawan bentuk tubuhnya yang hebat. Awak kelihatan hebat Sarah! Teruskan, body goals!,” komen warganet yang lain. Pada Oktober 2020, Sarah mencetuskan kontroversi apabila dia mengambil keputusan untuk tidak lagi bertudung selepas hampir setahun berkahwin dengan Otto Gilen. Sarah kemudiannya mengambil keputusan mengundurkan diri daripada dunia seni pada April 2022 dan memaklumkan dia tidak mahu lagi menjadi pelakon atau pengacara TV.

Kali terakhir lakonan Sarah ditayangkan menerusi drama Seindah Tujuh Warna Pelangi yang bersiaran pada 2020 di saluran TV3. Pada Julai 2022, aktres berkenaan secara rasmi menyertai unit Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) dan memaklumkan keputusannya itu mendapat sokongan kedua ibu bapanya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.