Nama Inspektor Sheila jadi tumpuan ramai, kali ni tular di laman fb nak cari teman hidup

Sejak kebelakangan ini, nama Inspektor Sheila menjadi tumpuan ramai susulan beberapa siri video pegawai polis wanita ini tular kerana menghina dan mengaibkan pegawai bahawan dan orang awam. Terbaharu, beliau dilihat mencuba nasib dengan memuat naik hantaran di laman Facebook, mencari teman hidup untuk mendirikan rumah tangga. Menerusi hantaran itu, Sheila mempelawa mana-mana individu yang sudi untuk keluar temu janji dengannya dan perlu menepati ciri-ciri yang ditetapkan olehnya.

“Ada sesiapa yang ingin berkahwin dengan saya? Jangan lupa, tinggalkan pesanan anda di ruangan komen. Kita akan keluar berjanji temu terlebih dahulu untuk mengenali satu sama lain. Selepas itu, kita boleh berjumpa ayah saya untuk memohon restu” katanya. Nak yang bujang dan terbuka untuk semua kaum. Ujarnya lagi, permohonan yang diuar-uarkannya itu terbuka kepada semua lelaki bujang sahaja tanpa mengira umur, agama, bangsa dan kerjaya. “Semua orang boleh mencuba. Jadi, tunggu apa lagi? Tulis ‘ya’ dalam ruangan komen,” katanya.

Hantaran itu telah menarik perhatian warganet, rata-ratanya mengucapkan selamat maju jaya untuknya mencari jodoh. Ada juga beberapa individu yang berani mencuba nasib dan tinggalkan komen ‘ya’ di dalam hantaran tersebut. Sebelum ini, Sheila atau nama sebenarnya S.Sheila Sharon, 35, dilaporkan mengaku masih bujang kerana merasakan dirinya terlampau tegas dan tidak banyak lelaki sukakannya. Harap Inspektor Sheila dapat bertemu pasangan yang secocok dengannya.