Usahawan Bella Khan Kesal Lihat Ramai Kecam Masya Masyitah Buka Tudung

Bar-baru ini, penyanyi, Masya Masyitah, telah menghebohkan alam maya kerana penampilan terbaharunya. Jika sebelum ini Masya sering tampil dengan fesyen yang mencetuskan kontroversi, tapi kali ini lebih mengejutkan.

Masya dilihat tidak lagi mengenakan tudung, malah gaya rambut berwarna seakan imej patung ‘Barbie’ di Instagram peribadinya. Seperti biasa, para ‘haters’ mula menyerang di ruangan komen dan malangnya, lontaran kata-kata negatif warganet tidak mendapat perhatian Masya.

Walaubagaimanapun, beberapa selebriti memberi pujian kepada penampilan terbaru Masya, tak kurang juga yang menegur netizen kerana melebih-lebih memberi teguran. Mana tidaknya, sampai ada yang mengeluarkan kata-kata hinaan dan cacian. Hal ini turut mendapat perhatian selebriti media sosial dan usahawan Bella Khan.

Di ruangan komen, Bella menegur segelintir netizen yang menegur dengan cara yang salah sehingga tidak tahu beza dosa dan pahala.

Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.