Tak sangka tumbler edisi khas Blackpink dijual pada harga tinggi di media sosial

Kecoh di media sosial ketika ini apabila tumbler edisi khas pasaran Asia keluaran daripada Starbucks yang berkolaborasi dengan kumpulan K-Pop terkenal Blackpink, dijual semula sehingga mencecah RM5,000 seunit

Sebelum ini, tumbler edisi khas ini hanya dijual pada harga asalnya RM200 ke RM478, namun pembeli terawal ‘buat duit’ dengan menjual semula barangan tersebut pada harga yang lebih tinggi. Kolaborasi tersebut ternyata telah mendapat minat ramai sehingga ada yang sanggup membayar lebih untuk mendapatkan koleksi berkenaan.

Ramai yang berkongsi kegembiraan mereka selepas mendapatkannya. Namun, ada yang sedih kerana gagal untuk memilikinya. Tinjauan di media sosial TikTok ketika ini mendapati, penjual balik atau ‘reseller’ ternyata ada yang menjual semula tumbler tersebut dengan harga kayangan telah mendapat kecaman orang ramai.

Sampai harga RM3,500 pun ada orang jual, betul buat duit. Tahu lah ini edisi khas tapi harga dah tak masul akal sekarang ni,” kata Nurhidayah Nawi. Aku tengok bukan tempat kita sahaja, Indonesia pun sama ada yang jual balik pada harga RM2,000. Ada yang edisi penuh Blackpink mencecah RM5,000,” kata Rose Roslan Tamim.

Dalam pada itu, seorang pemilik media sosial berkata, harga tersebut memang masuk akal kerana tumbler tersebut hanya terdapat di kawasan Asia sahaja. Bagi aku ok lah jual dengan harga macam tu, mana ada tempat lain, ini khas untuk keluaran Asia. Kalau penjual tu bijak guna je mana-mana platform jualan antarabangsa mesti boleh jual dengan harga yang lagi tinggi,” katanya.

Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.