Muat naik gambar tengah bercuti dengan pakai skirt pendek, isteri Haqiem Rusli teruk kena kritik dengan warganet

Isteri kepada penyanyi terkenal, Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea dilihat semakin berani dalam berpenampilan setelah memutuskan untuk membuka tudung pada Aidilfiitri lalu. Dalam perkongsian terbaru Anis di Instagram, dia telah memuat naik gambar-gambar sewaktu sedang bercuti dengan mengenakan skirt memperlihatkan pahanya dan juga baju yang agak terbuka. Dia juga berkongsi beberapa gambar menunjukkan bahagian dada sahaja tanpa wajah sehingga mendapat pelbagai komen daripada warganet.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang kurang senang dengan penampilan Anis atau nama sebenarnya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri kerana dilihat sangat terbuka lebih-lebih lagi pada bahagian peha. Mereka juga pelik dengan posting yang dibuat kerana lebih menfokuskan bahagian dada sehingga membuatkan warganet ‘sakit mata’. Walau bagaimanapun, wanita berusia 21 tahun itu telah menutup ruangan komen selepas menerima pelbagai kritikan daripada warganet yang mempertikaikan tindakannya berpenampilan sebegitu.

Komen Warganet:

Untuk rekod, Haqiem Rusli telah mendirikan rumah tangga dengan Anis Sofea pada November 2021 dengan wang hantaran sebanyak RM100,000. Majlis perkahwinan mereka juga digelar sebagai Wedding Of The Year apabila mendapat tajaan bernilai RM7 juta termasuklah barang kemas dari Habib Jewels. Namun begitu, sekitar Aidilfitri lalu, Anis telah berkongsi gambar dirinya tidak bertudung. Tindakannya telah membuatkan netizen mengecam Haqiem Rusli sehingga menerima pelbagai maklum balas negatif di media sosial miliknya.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.