Syamsul Yusof sertai pertunjukkan kereta sport, sekali ini pula respon selamba dari Puteri Sarah bila ada yang petik nama dia

Baru-baru ini, pengarah sensasi Syamsul Yusof dilihat menyertai acara pertunjukan kereta jenis sport car yang berlangsung di litar Sepang, Selangor. Menerusi sepotong video yang tular di laman TikTok, Syamsul dilihat mempamerkan kereta mewah jenis Lamborghini miliknya pada acara berkenaan. Kehadiran pengarah filem Mat Kilau itu telah membuatkan rata-rata pengunjung yang hadir berasa teruja lantas merakam momen Syamsul bersama kereta miliknya yang berwarna keemasan itu.

Bagaimanapun, apa yang mencuri tumpuan wargamaya adalah komen yang ditinggalkan seorang pengguna di ruangan balas selepas ‘memetik’ nama bekas isteri Syamsul iaitu Puteri Sarah. Individu tersebut telah bertanyakan kepada Sarah adakah dia tidak merindui bekas suami dan kereta tersebut. Komen berkenaan kemudian mendapat perhatian aktres tersebut dengan menyatakan bahawa dia tidak merindui Syamsul. Malah, Sarah berseloroh mengatakan dia juga memiliki kereta Lamborghini di rumahnya. Klik sini untuk lihat video.

Untuk rekod, Sarah dan Syamsul pernah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 namun pasangan ini berpisah talak satu pada 14 Jun lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.