Kak Km puji anak sulung cantik macam Barbie, tapi penampilan anak pula yang jadi perhatian warganet

Sebut sahaja nama Kak KM atau Liana Rosli, pasti ramai mengenai anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri yang sering mencetuskan kontroversi. Baru-baru ini tular video yang dimuat naik semula oleh pengguna TikTok @sweetdara.selangor.nafie memaparkan anak sulung usahawan itu iaitu Nabila tampil dengan imej menjolok mata. Menerusi video itu, Nabila dilihat memakai dres pendek paras paha berwarna pink seperti Barbie. Kedengaran Kak KM menjerit sebaik melihat Nabila masuk ke dalam rumah serta memuji anaknya cantik seperti Barbie. Klik sini untuk lihat video.

“Oh my god real Barbie. Real Barbie.. Barbie pergi tengok show Barbie. Comelnya sayang,” katanya. Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang kurang senang apabila usahawan usahawan itu seolah menggalakkan anak berpakaian sedemikian. Dalam pada itu, ada yang menyindir serta mendakwa Kak KM seolah tidak sedar meskipun diuji dengan anak bongsunya yang sakit jantung berlubang.

Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.