Bukan biasa biasa, Yazmin Aziz luah rasa gembira bila dapat peluang menyanyi depan Presiden Filipina

Penyanyi Yazmin Aziz meluahkan rasa gembira apabila diberi peluang membuat persembahan di hadapan Presiden Filipina iaitu Ferdinand Marcos Jr. di Kuala Lumpur pada Selasa lalu. Yasmin mengakui gementar apabila diminta menyanyikan lagu berjudul Bituing Walang Ningning atas permintaan isteri Marcos iaitu Louise Araneta. “Pada awalnya saya dipanggil pihak kedutaan Filipina untuk membuat persembahan. Tak sangka ia adalah pentas utama di hadapan presiden.

“Saya memang teruja tapi bayangkan saya diminta menyanyikan lagu kegemaran first lady, saya hanya sempat hafal lagu itu dalam tempoh dua hari!” katanya. Difahamkan, Yazmin dijemput membuat persembahan anjuran keduataan negara itu sempena lawatan rasmi Ferdinand ke Kuala Lumpur. Difahamkan, ini bukan kali pertama Yazmin diberi peluang tersebut dimana sebelum ini penyanyi  itu pernah menghiburkan presiden Rodrigo Duterte sempena lawatan kerja di KL pada 2016.

Sementara itu, Yasmin berkata jemputan diterima untuk membuat persembahan di hadapan kenamaan sekaligus membuktikan dia bukan artis yang hanya dikenali dengan kontroversi. “Saya dah buat banyak persembahan di merata tempat. Malah menjadi wakil Malaysia ke peringkat antarabangsa. “Orang masih lagi bercakap tentang kontroversi. Harap ada sesuatu yang membanggakan seperti ini boleh menjadi bualan ramai,” katanya. Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.