Sebuah kedai di China tular selepas menjual aiskrim kon dihias dengan skirt

Sebuah kedai di China tular selepas menjual aiskrim kon dihias dengan skirt tradisional Cina dan penyepit rambut, lapor portal berita South China Morning Post.

Kedai aiskrim yang terletak di wilayah Jiangsu, timur China itu memperkenalkan hiasan baharu sebagai gimik pemasaran untuk meningkatkan jualan. Promosi selama seminggu itu menarik ramai pelanggan apabila gambar dan video aiskrim itu tular di media sosial.

Ia benar-benar kelakar! Saya melihat ais krim yang cantik. Malah aiskrim memakai skirt sekarang,” tulis seorang netizen di platform Xiaohongshu.

Seorang lagi pengguna WeChat berkata, dia dengan senang hati akan membelanjakan tambahan 28 yuan (RM17.80) untuk kon bersalut skirt kerana tarikan budayanya.

Pekerja kedai itu berkata, mereka meletakkan plastik yang memisahkan skirt tersebut dengan aiskrim bagi mengekal sebarang kebimbangan mengenai kebersihan. – Agensi. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.