Ramai yang nak keluarkan duit Kwsp, PM pertimbangkan cadangan untuk keluarkan secara bulanan atau berkala

TIADA bantahan daripada kerajaan terhadap cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengenakan pengeluaran berkala atau bulanan apabila mencapai umur persaraan sukarela 55 tahun, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan sedang dalam peringkat akhir untuk memperhalusi dasar tersebut. “Saya tiada bantahan. Ia bergantung kepada kapasiti KWSP. Jika kita dengar kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebelum ini, terdapat beberapa kekangan terutama dalam kalangan mereka yang mempunyai simpanan tidak mencukupi,” katanya.

Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2023 pada Khamis. Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dan Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan. Perdana Menteri mengulas cadangan Amir Hamzah untuk menggalakkan ahlinya yang berumur 55 tahun mengeluarkan simpanan secara berkala dan bukannya pengeluaran sekali gus bagi membantu rakyat terus menabung dan mempunyai simpanan mencukupi apabila bersara.

Amir Hamzah menambah bahawa pengeluaran berkala akan memberi peluang kepada ahli untuk menguruskan dana persaraan mereka dengan lebih baik. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.