Bawa kenderaan ke Singapura, lelaki ni dedah minyak petrol kereta hilang beberapa liter

Seorang lelaki mendakwa minyak petrol kenderaan miliknya dicri ketika kereta dipercayai jenis Ford Fiesta itu berada di sebuah lokasi di Singapura. Menurut Syahmi Azhari, dia memandu kereta berwarna putih itu ke negara tersebut namun seolah-olah tidak menyangka kehilangan sejumlah minyak daripada kenderaannya. “Pergi ke Singapura membawa kereta, minyak kena cri da,” tulis jurugambar dan juruvideo profesional itu menerusi ciapan sekeping gambar di laman Twitter, malam tadi.

Gambar berkenaan memaparkan kenderaan miliknya berada dalam kotak parkir di tepi jalan, namun penutup bagi tempat mengisi minyak dalam keadaan terbuka. Syahmi berkata, dia tidak pasti sama ada warga Singapura atau orang asing yang melakukan perbuatan terbabit tetapi yakin kehilangan beberapa liter minyak. “Tak pasti orang Singapura ke warga asing. Tapi sah hilang beberapa liter dalam lima hingga 10 liter,” tulisnya lagi.

Namun begitu, dia tidak berkongsi lebih lanjut berhubung kejadian tersebut yang ‘mustahil’ berlaku di negara maju sehingga menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Rata-rata warganet mempersoalkan bagaimanapun pelaku berbuat demikian, ataupun adakah penutup mengisi minyak itu mudah untuk dibuka selain daripada pemilik kenderaan? Malah, segelintir individu meminta Syahmi membuat laporan polis sekali gus dapat memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Setakat artikel ini ditulis, ciapan berkenaan mendapat 4,672 tanda suka serta dikicau semula lebih 3,800 kali dalam kalangan pengguna Twitter. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.