Sejumlah 657 lesen sampan khas diluluskan selepas program pemutihan dilaksanakan di Johor

Sejumlah 657 lesen sampan khas diluluskan selepas program pemutihan dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan Johor pada 2021, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip,

Beliau berkata, daripada jumlah itu sebanyak 75 lesen telah disampaikan kepada golongan nelayan di Mersing, selepas menunggu kira-kira dua tahun. Penyerahan lesen ini adalah langkah positif dalam memperkukuh industri perikanan dan nelayan dapat meningkatkan produktiviti mereka dengan menguruskan sumber perikanan secara berkesan.

Selain itu, saya yakin mereka dapat menghadapi cabaran dalam sektor tersebut untuk masa depan yang lebih cerah sekali gus memastikan Dasar Agromakanan Negara 2.0 dan Dasar Sekuriti Makanan tercapai menjelang 2030,” katanya ketika berucap dalam program penyampaian lesen khas itu di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Perikanan Johor Zainudin Abd Wahab dan nelayan dari empat pangkalan iaitu Penyabong, Endau, Tanjung Leman dan Mersing. Zahari berkata, pada masa sama, pertumbuhan dan daya maju sektor perikanan memerlukan golongan itu mengubah cara tradisional dan lama kepada yang bercorak lebih komersial serta lestari.

Ini bermakna komuniti perikanan bukan sahaja perlu menggunakan teknologi yang canggih, tetapi juga mengamalkan pengurusan lebih tersusun dengan kawalan kepada stok perikanan negara.

Tumpuan juga harus diberikan kepada pengeluaran ikan yang mapan melalui pelesenan bersasar dan penguatkuasaan komprehensif. Menurutnya secara tidak langsung, komuniti perikanan bukan saja akan mendapat hasil yang berpanjangan, tetapi juga menggunakan sumber laut dengan lebih lestari. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.